Sunday, December 26, 2010

2011 on da way pak munawir...

Wah pejam celik...pejam celik dah nak tinggalkan 2010, terasa sekejap sahaja berada di bumi 2010 dan minggu hadapan bermula lah satu perjalanan yang baru dengan buku baru dan berhiaskan kain putih tanpa dicemari dengan noda-noda hitam. Kan ku capaikan segala yang belum tercapai semasa aku berada di bumi 2010 ke bumi 2011. Ku berharap semoga 2011 menjadi satu sinar perubahan dalam diriku hendaknya.

Salam terakhir buat 2010 kan ku kuburkan dikau jauh didasar hatiku dan aku tidak akan pernah sesekali melupakan kesah suka duka selama aku berada diatas bumi 2010, Ia merupakan satu metafora untuk diriku berubah menjadi seorang insan yang lebih matang dari segi pemikiran dan tingkah laku ku. Terima kasih tak terhingga ku ucapkan padamu 2010 kerna mengajar aku erti kehidupan yang selama ini ku cari.

Buat 2011 yang bakal tiba dalam masa seminggu sahaja lagi...Selamat datang ku ucapkan tulus ikhlas dari hati suci nurani buat mu kerna ku menanti akan kehadiran mu dengan penuh kesabaran, Ku berharap dikau tetap sabar dengan karenah ku dan berharap dikau berjaya merubah aku menjadi seorang insan yang berguna disatu masa nanti. HendakNya.

SELAMAT TINGGAL 2010 dan SELAMAT DATANG 2011 !!!!

No comments:

Post a Comment