Monday, March 4, 2013

It's tough when someone special starts to ignore you,
But it's even thougher to pretend that you don't mind when you really do.

Monday, November 26, 2012

Bersawang itu pastu ...

Hai seme, lama betik aku x membukakan blog ini sudah besprsawang la weh...penat tau nk cuci balik seme nie...tersgt lah penat... Skarang nie aku terlalu busy ngan diri aku n kerja aku skrang...by the way la kan..aku skrang bekerja dah tpi aku frust sket la sebb x dapt tempt yg aku nk...aku dapat keje kt Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru...kecewa tau x...aku nk kerja kat Hospital Kuala Lumpur bukan kat sini..seyes aku kecewa yg amat...aku suka kehidupan di kl n aku x suka kehidupan di jb...byk boring la duduk jb nie....nak transfer bleh...


         Aku skrang dah ada kehidupan baru dah dan dgn org yg baru...aku gembira...


Aku skrang menenuruskan kembali program yg tergendala dulu...dan masuk bulan yg ke 9 dah...nmpak hasil walau x ketara sgt...4 bulan diet biasa n bulan  ke 5 aku start diet guna suplement...sbb apa ambik supplement sbb lagi cpt...bole diet x ambik supplement pon tpi lambat sket la....hohoho...


       Aku nk badan aku yg dulu tue...giler kau 9 bulan aku tanam anggur berat aku naik mendadak sampai aku nak fengsan tgk penimbang...kau tau bape...106kg kau dri berat seblom nie...bapak terkejut aku....

              Tpi skrang berat aku ah turun balik ke 84kg dah...bersyukur sesgt tau...igt senang ke nak turunkan berat nie...nak naikkan senang la...hahaha

      Doakan aku capai berat ideal aku yea....55kg is my ideal weight....lagi 31kg kot....byk tue....dapat 60kg pon dah kira bersyukur sesgt....huhuhu

 Adiosss..nk tido..ngantuk sesgt...nnti aku hupdate lgi k....hooho

Wednesday, December 28, 2011

stress...STRESS...stress !!!


aku stress gila skrang nie...org gila pon x sestress aku nie...ner x nyew janji lam 4 bln dah dpt keje...nie x dah masuk 6 bulan lebih dah nie x dpt2 ag keje...lau p keje kat swasta nnti dpt surat saman lak..pastu satu hal kene naik turun kandang mahkamah malaysia yg maha agung tue...stress stress stress aku...

Tuesday, December 27, 2011

Air dan Anda !!!

Setiap kali saya bawa bekas air 2L hijau Herbalife, ini respon biasa yg diajukan; "Banyaknya minum air!" "Tak takut terkencing-kencing ke?" "Ko gila ke minum air banyak macam tu!" "Tak sakit ke buah pinggang?" "Aku tak boleh minum air banyak tu pasal kerja duduk je" Saya tak kisah pun respon yg diberikan kerana saya tahu ada yg masih belum tahu kepentingan minum air yg cukup. Di sini disenaraikan kesan-kesan kurang air kepada organ-organ badan.

Otak
Otak kita adalah 75-85% air dan ianya organ pertama yg akan mendapat kesan jika kita kekurangan air. Otak akan mengawal rasa dahaga dan mengurangkan fungsi buah pinggang untuk menapis air. kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan otak. Konsentrasi akan turun 13% dan memori jangka pendek juga turun 7%. Simptom lain yg juga disebabkan oleh kekurangan air ialah berasa terhoyong-hayang, pening, cepat marah, pitam. Jika tahap kekurangan air lebih kronik, ia akan menyebabkan badan berasa lembap, pandangan kabur, keletihan dan kecelaruan.

Mulut
Apabila kita berasa dahaga, tubuh sudah pun hilang sekurangnya 500ml air. Air liur amat bagus untuk kesihatan dan kebersihan mulut namun kekurangan air akan menjejaskan fungsinya. Kekurangan air akan menyebabkan gigi cepat rosak kerana air liur meneutralkan asid yg boleh melemahkan kekuatan gigi. Air liur juga memudahkan kita untuk menelan makanan.

Paru-paru
Kita juga kehilangan air menerusi pernafasan, setiap hari kita hilang kira-kira satu tin air dengan bernafas. Jumlah itu juga akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan juga ketinggian altitud.

Jantung
Kekurangan air juga akan menurunkan keupayaan jantung untuk mengepam darah dan juga boleh menyumbang kepada penyakit jantung.

Buah Pinggang
Buah pinggang akan mengawal jumlah air dalam badan dengan menapis darah dan membuang bahan buangan dan toksin ke air kencing dan meninggalkan nutrien dalam darah. Oleh itu buah pinggang amat memerlukan air untuk bekerja. Kekurangan air akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang akan menyumbang kepada serangan jantung dan strok.

Perut
Air amat penting untuk diet sihat. Pengambilan air yg cukup akan mengawal selera makan. Air juga membantu penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yg menceraikan makanan. Minum air sebanyak 500ml juga dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30% dan menolong menukar makanan kepada tenaga. Inilah sebabnya mereka yg ingin turun berat badan disarankan untuk minum banyak air.

Pundi Kencing
Tubuh kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, najis dan yg paling banyak adalah melalui air kencing. Jika kita kurang buang air, itu adalah petanda yg jelas untuk kita meningkatkan pengambilan air. Minum air yg banyak akan membantu melawan penyakit batu karang dan kencing kotor.

Darah
Darah ialah 75% air dan ia amat penting kerana darah akan menyalurkan nutrien ke seluruh anggota badan. Air akan membantu penjagaan struktur sel dan menyalurkan oksigen dalam darah. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat dan badan perlu bekerja lebih untuk menyalurkannya ke seluruh badan.

Kulit
Kulit kita bertindak sebagai penyimpan air. Kekurangan air akan memberi kesan kepada rupa kulit. ia akan menjadi tak bermaya, kering, kendur, dan nampak lebih tua. Air hilang dari permukaan kulit dengan tersejat dan kadarnya akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan peningkatan altitud. Di negara cuaca panas, penyejatan air boleh mencecah 2.5 liter/jam. Air juga hilang melalui peluh akibat peningkatan aktiviti atau bersukan. Kadar kehilangan air melalui peluh adalah dalam 1-2 liter/jam

Panduan untuk pengambilan air yg cukup ialah 1L untuk setiap 25kg badan. Jika anda bersukan atau banyak berpeluh, tingkatkan pengambilan air. Mereka yg berbadan besar dan berat perlu lebih banyak mengambil air kerana lebih banyak air yg akan hilang dari badan. Selepas membaca panduan ini, fikirkanlah sendiri mana yg lebih menyusahkan, kerap kencing akibat minum air banyak atau penyakit yg datang akibat minum air kurang.

Sumber dari : Herbalife@Ziedazzle 

Thursday, December 22, 2011

Dua photo...Dua lokasi

Salam kpd seme...nak upload la photo yg x berapa nak baru..kat bawah nie dew 2 photo tapi berlainan lokasi ok..



Macro shoot x berapa nak menjadi, al maklumlah blom ada macro lens ag...tapi ini photo cantik la jugak...ngeee...



Nie photo time kat danga bay...waktu tue dah nak bersunset la tpi blom sepenuhnya sunset ag...syang xdew yg photo mentari nk tenggelam coz masa tue dah nk kene balik dah...hahaha....

So nie je la yg photo aku upload ntuk pagi mlm nie.....hope enjoy...sila tinggalkan komen ya...dan jgn lupa like page fb tue yaaa....